
| Tarikh Masuk | Tarikh Tamat Papar | Pengumuman |
|
|---|---|---|---|
19/12/2025 |
28/02/2026 |
🔔 PEMAKLUMAN PENTING PENANGGUHAN TARIKH PELAKSANAAN SISTEM MYSAWIT LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA FASA II MODUL PEMBAYARAN Dimaklumkan bahawa pelaksanaan modul pembayaran Levi Keuntungan Luar Biasa (LKLB) Fasa II tidak dapat dilaksanakan pada minggu ke empat bulan Disember 2025 sebagaimana pemakluman sebelum ini atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sistem MySawit dijangkakan akan bersedia untuk Go-Live Modul Pembayaran pada minggu ketiga bulan Februari 2026. Tarikh sebenar pelaksanaan akan dimaklumkan pada bulan Februari 2026. Semua pengeluar dan syarikat berdaftar dikehendaki melaksanakan pembayaran levi secara atas talian melalui sistem MySawit mulai tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kemudahan dan Insentif, stesen mengawal atau pejabat kastam negeri masing-masing. Sekian, terima kasih. Unit Kemudahan dan Insentif Cawangan Industri, Petroleum dan Gas Bahagian Perkastaman Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tarikh: 19.12.2025 |
TERPERINCI |