Sistem MySawit (MySawit) adalah sistem yang direkabentuk bagi memudahkan semua pengurusan berkaitan dengan Permohonan Pengeluar Levi dan memudahkan proses kemaskini maklumat pembayaran levi. Sistem ini adalah untuk kegunaan para pengeluar dan ejen / wakil yang terlibat serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai Urusetia
Para pengeluar dan wakil yang dilantik boleh mengakses Sistem MySawit (MySawit) menggunakan aplikasi browser laman sesawang (Sila gunakan Chrome untuk paparan terbaik) dengan melayari url http://mysawit.customs.gov.my/ . Untuk pengeluar baru, sila klik pada butang "DAFTAR MASUK PENGELUAR" dan klik pada "PENDAFTARAN PENGELUAR BARU" untuk mendapat paparan Borang WPA No 1. Sila isikan semua maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut dan klik butang Hantar. Permohonan anda akan diproses dan jika diluluskan, anda akan diberikan kata nama dan kata laluan untuk log masuk ke dalam sistem ini dalam tempoh 2 hari. Sila rujuk emel anda untuk sebarang maklumat berkaitan permohonan yang telah dilaksanakan.